Monday 23 January 2012
WATAK DAN PERWATAKAN (PENANGGUNGAN)
Watak Utama
Kapten Mamat
~ Bekerja sebagai kapten kapal.
~ Seorang pesara.
~ Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap
nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
~ Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada
Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.
Watak Sampingan
1. Masnah
~ Janda Baharum.
~ Mempunyai dua orang anak.
~ Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat
menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
~ Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia
kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.
2. Isteri Kapten Mamat
~ Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa
Masnah.
~ Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk
mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.
3. Bahar
~ Anak Baharum
~ Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment